Padang / Bukit Tinggi ( Day 3 )
Di
hari ketiga, kami breakfeast bihun goreng dengan pengat. Sedapnyer
pengat, teringat sampai sekarang. bihun pulak, macam guna soon, warna
putih jernih. Yelah kot.
Selesai
sarapan, kami ke Aur Kuning dengan menaiki Angkut. Dengan tambang
sebanyak RP 2000 setiap seorang, kami ditinggalkan di pasar yang ala2
Pasar Siti Khadijah di Kelantan. Suasananya agak kotor dan lecak,
mungkin kerana musim hujan.
Saya
sempat membeli 3 pasang telekung, baju baby n pakaian sulaman untuk
hari raya 2010 nanti. he he he. Hampir 2 jam di sana, kami pulang ke
hotel untuk check out. Perjalanan ke The Hill & Convention dengan
menaiki Angkut dikenakan charge RP 8000. Beg pun kira juga, geram betul.
Terdapat
juga rumah Banjuang ( ala Minangkabau jugak ) yang seperti muzium
menempatkan replika rumah dan alatan purba. Terdapat juga perhiasan lama
dan binatang unik yang dipamerkan. Pelbagai bentuk dan saiz. Uniknya
lagi di sini, haiwan taman yang telah mati diawet dan dipamerkan di
dalam satu bilik gelas. dengan ini, kita dapat melihat sendiri haiwan
yang pernah wujud di Kebun Binatang ini.
Hampir
1 jam, kami mengambil langkah berjalan kaki untuk pulang ke hotel untuk
berehat. Malamnya kami ke Pasar Atas untuk membeli beberapa cenderamata
buah ahli keluarga. Berehat untuk hari berikutnya.
No comments:
Post a Comment