Wednesday, December 5, 2012

Taman Safari Indonesia Bogor ( part 1 )

Kami bertolak dari tangkuban parahu pun dah lewat sebab jam kesayangan jida hilang... dua kali naik. fuhhhh tak tahan baunya. tu citer kat entry Tangkuban la...
perjalanan dari bandung ke taman safari ambil masa 4 jam lebih. lalu puncak pass... puh letih. kalo dari bandung kita lalu Cipatat, Cipanas, sebelum sampai kat Cianjur. Taman safari tu kat Cianjur, Bogor.
Kami tiba dah lewat tapi masuk jugak... tiket entry dia charge rp130 000 sorang x 3 termasuk supir. Mungkin sbb petang, aisy dia x kita. kene byr duit kete rp 15 000. So sume total rp 405 000.
Boleh la... tapi x puas sebab dah gelap. tgk dlm sejam dalam kete, taman pun tutup... binatang ( satwa ) pun dah beratur balik kandang. hahahaha
Oleh krn x puas ati, hubby ajak tido situ. Esok dia nak g lagi katanya. ok la. malam tu kami tidur hotel Safari Lodge. Murah la Rp450 000. Kalo tido dapar potongan harga masuk. Tinggal rp 60 000 sorang... ok la kan. habis 1 juta.... ( hahahaha.... juta rupiah je ).

Monday, December 3, 2012

Nak balik dah... 29 Nov 2012

Hari terakhir di bumi Indonesia ( Jakarta ). Pagi lepas bekpes kami sempat jugak g Pasar Tanah Abang  balik... Nak cari baju anak buah... X sempat jugak sebab hubby kata kul 11 dah balik hotel... Ok la tapi capek,
Sewa avanza dalam rp175 000, ni under hotel. Kalo blue bird x sampai kot sbb x jem.. Supir pun laju semacam jek... Sampai airport dalam kul 1. Siap check in n bayar tax rp150 000 perkepala. Flight delay, 25 mins je. Naik kul 7:30 mlm kat sana, 10:30 mlm sampai.

Tuesday, November 27, 2012

Hotel N1 Jakarta

Hari ini hari kelima kami di bumi Indonesia... Aduh... Dari Hotel  Safari Lodge Bogor ke Hotel N1 ni dah amik 4 jam... Aduh capek dong...
Hotel ni 2 bintang je... Ok la takat 300 000 semlm... Iron x ade, kalo nak pakai esok hari ni dah kene anta laundry. Angin je....
Pasar Tanah Abang pun dalam 500 m je jalan kaki.... Kalo ada anak susah  sikit... Macet, kotor, sempit. yg  x tahan tu ada jual kambing skali...,hahaha.
Kat Pasar Tanah Abang tu mcm kat KenangA WholeSLe kat jln PSar tu... Standard bju dlm 35000, standArd +-rm10 duit kita....
Ok nanti tambah lagi...

Saturday, November 17, 2012

Kemeriahan Deepavali

Tengah malam raya deepavali 12& Nov tu mmg dah x boleh nak tido, area 12tgh malam dah start bunyi mercun sampai dekat 2 pagi. Entah berapa das punya mercun.pun x tau... Lama betul. Mlm 13 Nov sambung lagi... Ni lah hasil gelap gambar

Tuesday, November 13, 2012

Sunday, November 11, 2012

Sabtu LDP

Hari ni kene keje, tak pelah dah tugas. Nak siapkan keje yang malambak juga...


Thursday, November 8, 2012

Hadiah Bedday Aisy

Hari ni baru sempat beli n bagi hadiah bedday kat Aisy... Nampak dia gembira sangat sampai daddy dia nak usik pun x bagi... Yang klakarnya bila dah habis  batery pun x bagi nak charge.. Aisy Aisy




Wednesday, November 7, 2012

Gelap kan malam ni

Rasanya baru pukul 6:30 ptg tadi, tapi cuaca dah gelap... Nikmat Allah


Lost World of Tambun

On 5 and 6 Oct 2012. Sambut bedday Aisy... Ok la entry baru rm 45. Aisy dah free... Hotel not bad... Better tido hotel kat ipoh. Tapi mmg best.. Ada Petting Zoo, tiger valley, bijih timah valley, gua, tmpat abseiling n zon mandi air panas n air sejuk. Funfair pun dah x pyah byr. Semua include skali for rm45. Kalo tido Hotel Lost World dapat 10% diskaun for entrance, Tiket hot spring waktu malam n bespes sorang 1 kat paparich  bawah Hotel..mmg terbaik.. Mmg nak g lagi... Gambar next entry sbb x sempat nak bloothtooh lagi


Tuesday, November 6, 2012

Lama tak menulis

Plan nak g Jakarta 24 nov ni...baru sibuk nak cari maklumat n blogger yang ada information tentang kat sana... hai lama x menjenguk blog sendiri n update sampai lupa pasword... klakar kan

So tunggu la entry laru trip ni...kalo trip dalam malaysia melambak nak masuk...no time la... with kerja, with new baby AISY n my study... fuhhh mencabar... Good night u all





sini a few pic Aisy manje saya n Hubby... 

Padang Day 5 ( balik dah )

hari 5(Padang)









Hari ini adalah hari terakhir kami di Padang. Menu sarapan breakfast agak banyak. Manisan seperti kuih lopes, tepung bungkus dan sagu sama seperti makanan kita di Malaysia. Makanan agak sedap kecuali bihun sup yang keras bihunnya. Selesai sarapan, kami mengambil peluang berjalan di sekitar kawasan berhampiran hotel.


Terdapat satu monumen di hadapan hotel. Di situ terlihat seorang wanita yang mungkin agak kurang siuman duduk berteleku tidak bergerak. Disebelahnya ada tilam, bantal dan bungkusan baju. Sedih melihat keadaannya. Teringat cerita Hengky yang mengatakan ramai yang mengalami kurang kewarasan akibat gempa. Yelah kan, tekanan yang di alami agak kuat, mana tahu orang yang tersayang tiba - tiba hilang. Wallahwaklam.


Kami tidak mengambil masa yang lama berjalan-jalan, jadi kami ambil keputusan untuk pulang ke hotel dan berkemas. Dalam pukul 11 pagi, van yang disewa tiba dihadapan bilik hotel mereka. Perjalanan selama 40 minit dengan satu van Avanza dan 2 buah teksi.


Sepanjang perjalanan, kami agak sedih. Hari terakhir di sini agak menyedihkan kami. Yelah, 5 hari di bumi Minang ini terasa ketenangan dan jauh dari bebanan kerja yang banyak di pejabat. Tiba di lapangan terbang Minangkabau, kami terpaksa menunggu agak lama untuk berlepas. Flight delay hampir 2 jam. Dah lah panas dalam bilik menunggu. Penat sangat.

Kami tiba di Malaysia pada pukul 5:30ptg. Abang Long telah menunggu kami dan kami di bawa pulang ke rumah anak saudaranya di LBJ. Pukul 8 malam, kami bertolak pulang ke kampung suami untuk ke Melaka pada hari Ahad.


Padang Day 4

Padang/ bukit tinggi (day 4)

Pagi ke empat di Bukit Tinggi, kami breakfast di hotel. Menu sarapan pagi  kami telah disiapkan oleh pihak hotel.makanan yang disediakan agak memuaskan saya. Ada nasi, bubur,lontong,bihun,pengat,,salad,ayam goreng dan bnyk lagi. Selepas selesai makan kami bersiar2 dan membeli sedikit cenderamata buat kenangan.. Kami sempat menaiki kereta kuda menikmati keindahan suasana pagi di Bukit Tinggi.

Selepas kami bersiar2, kami terasa lapar dan dahaga. kami terus mencari kedai. Kami singgah di KFC. Makanan KFC di sini berbeza sama sekali dengan KFC di Malaysia. Ayamnya kurang memuaskan hati saya. Kering,keras dan masin. Pada jam 12.30 kami bertolak kehotel lebih kurang 5 minit dari jam Gadang.


 Lebih kurang pukul 1.30pm  van yg disewa tiba dan membawa kami ke Padang. Melalui Lembah Anai sewaktu pulang dan kami singgah untuk menikmati pemandangan dengan bayaran hanya Rp 1500 setiap seorang. Sempat juga kami singgah menikmati durian kampung di jalan menuju ke Pekan Padang. 8 biji durian habis di makan oleh kami semua, kerana tidak tahan dan perut kosong, saya terpaksa mengeluarkannya semula. Sepanjang perjalanan, kami hanya sendawa durian yang memenuhi ruang MPV. Kelakar betul....

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Perjalanan kami terganggu kerana berlaku kemalangan kecil melibatkan salah satu daripada 2 MPV yg kami sewa.Sepanjang perjalanan kami dapat melihat kesan gempa yang amat menakutkan kami. Kami juga dapati rumah orang2 kampung retak dan runtuh.


Kami tiba di hotel Inna Muara lebih kurang pukul 5ptg.Kami dapati sebahagian besar hotel mengalami retakan dan runtuhan.Walau bagaimanapun, masih banyak bilik yang elok. Kami tetap tabahkan hati walaupun ada rasa was-was. Selesai urusan chek in, kami ke bilik dan terus bersiap utk keluar makan. Tak sangka pula kami duduk sederet bilik ibarat rumah teres.

Kami mengambil keputusan untuk mengisi perut yang lapar. Berjalan kaki mencari kedai mkn dlm jarak 500m dari hotel. Kedai yang menyediakan makanan asli Minang seperti daging rendang,msk lemak ikan tongkol,sambal belado merah,ayam kampung dan air teh botol.

Selesai makan, kami mengambil kesempatan melihat pantai yang jaraknya 200 m dari kedai makan tadi. Sambil menikmati pemandangan laut dan senja, kami juga melihat kesan runtuhan beberapa bangunan besar dan hotel. Hotel HayamWuruk runtuh dengan teruk. Masih dapat dilihat perabot hotel yang pecah dari seberang jalan. Agak lama di sana, jam 8 malam kami bertolak pulang ke hotel melalui deretan rumah kedai yang runtuh dan ada juga yang masih elok.


Dihadapan hotel Hyam Wuruk Padang.
Salah satu bagunan yang senget di hadapan pantai.

Padang / Bukit Tinggi Day 3

Padang / Bukit Tinggi ( Day 3 )

Di hari ketiga, kami breakfeast bihun goreng dengan pengat. Sedapnyer pengat, teringat sampai sekarang. bihun pulak, macam guna soon, warna putih jernih. Yelah kot.


Selesai sarapan, kami ke Aur Kuning dengan menaiki Angkut. Dengan tambang sebanyak RP 2000 setiap seorang, kami ditinggalkan di pasar yang ala2 Pasar Siti Khadijah di Kelantan. Suasananya agak kotor dan lecak, mungkin kerana musim hujan.



Saya sempat membeli 3 pasang telekung, baju baby n pakaian sulaman untuk hari raya 2010 nanti. he he he. Hampir 2 jam di sana, kami pulang ke hotel untuk check out. Perjalanan ke The Hill & Convention dengan menaiki Angkut dikenakan charge RP 8000. Beg pun kira juga, geram betul.


Selepas check in, kami mengambil peluang untuk berjalan di sekitar kawasan Bukit Tinggi. Setelah mendapat maklumat mengenai Lubang Jepang dan Ngarai Sianok, kami hanya berjalan kaki menuju ke sana yang hanya 400 m dari hotel. Jalannya agak menurun. Dengan tiket masuk Rp3000 setiap seorang, kami ditemani Pak Ujang yang menceritakan sejarah Lobang Jepang dan Ngarai Sianok. Cantik sungguh Ngarai tu, rugi kalau x tengok. Baru RM 1.20 je. Upah Pak Ujang, RM 10. Lobang Jepang masih under constuction lagi on that time, so x dapatlah masuk. Kalau nak datang, better dress up yang selesa coz nak masuk 1.5 ke dalam tanah.



Sedang menikmati keindahan Ngarai, kami menemui Abang Din n keluarganya. Setelah berbincang, akhirnya kami mengambil keputusan untuk ke Benteng Fort de Kock dan Kebun Binatang ( ala2 zoo). Tambang Angkut Rp 20 000 untuk kami berenam, tiket masuk Rp 5000 setiap seorang, kami disajikan dengan pelbagai jenis haiwan. RP 5000 ini meliputi Keben Binatang, Rumah Banjuang ( museum ) n Benteng Fort de Kock. Murah kan?

Keluasan taman di dalam 700m x 800m persegi. Taman ini terbahagi terpisah kepada 2 bahagian, dan yang memisahkannya adalah jambatan yang dibawahnya terdapat rumah kedai dan jalan raya.

Terdapat juga rumah Banjuang ( ala Minangkabau jugak ) yang seperti muzium menempatkan replika rumah dan alatan purba. Terdapat juga perhiasan lama dan binatang unik yang dipamerkan. Pelbagai bentuk dan saiz. Uniknya lagi di sini, haiwan taman yang telah mati diawet dan dipamerkan di dalam satu bilik gelas. dengan ini, kita dapat melihat sendiri haiwan yang pernah wujud di Kebun Binatang ini.

















Hampir 1 jam, kami mengambil langkah berjalan kaki untuk pulang ke hotel untuk berehat. Malamnya kami ke Pasar Atas untuk membeli beberapa cenderamata buah ahli keluarga. Berehat untuk hari berikutnya.