Padang / Bukit Tinggi ( Day 3 )
Di
hari ketiga, kami breakfeast bihun goreng dengan pengat. Sedapnyer
pengat, teringat sampai sekarang. bihun pulak, macam guna soon, warna
putih jernih. Yelah kot.
Selesai
sarapan, kami ke Aur Kuning dengan menaiki Angkut. Dengan tambang
sebanyak RP 2000 setiap seorang, kami ditinggalkan di pasar yang ala2
Pasar Siti Khadijah di Kelantan. Suasananya agak kotor dan lecak,
mungkin kerana musim hujan.
Saya
sempat membeli 3 pasang telekung, baju baby n pakaian sulaman untuk
hari raya 2010 nanti. he he he. Hampir 2 jam di sana, kami pulang ke
hotel untuk check out. Perjalanan ke The Hill & Convention dengan
menaiki Angkut dikenakan charge RP 8000. Beg pun kira juga, geram betul.
Selepas
check in, kami mengambil peluang untuk berjalan di sekitar kawasan
Bukit Tinggi. Setelah mendapat maklumat mengenai Lubang Jepang dan
Ngarai Sianok, kami hanya berjalan kaki menuju ke sana yang hanya 400 m
dari hotel. Jalannya agak menurun. Dengan tiket masuk Rp3000 setiap
seorang, kami ditemani Pak Ujang yang menceritakan sejarah Lobang Jepang
dan Ngarai Sianok. Cantik sungguh Ngarai tu, rugi kalau x tengok. Baru
RM 1.20 je. Upah Pak Ujang, RM 10. Lobang Jepang masih under constuction
lagi on that time, so x dapatlah masuk. Kalau nak datang, better dress
up yang selesa coz nak masuk 1.5 ke dalam tanah.
Sedang
menikmati keindahan Ngarai, kami menemui Abang Din n keluarganya.
Setelah berbincang, akhirnya kami mengambil keputusan untuk ke Benteng
Fort de Kock dan Kebun Binatang ( ala2 zoo). Tambang Angkut Rp 20 000
untuk kami berenam, tiket masuk Rp 5000 setiap seorang, kami disajikan
dengan pelbagai jenis haiwan. RP 5000 ini meliputi Keben Binatang, Rumah
Banjuang ( museum ) n Benteng Fort de Kock. Murah kan?
Keluasan
taman di dalam 700m x 800m persegi. Taman ini terbahagi terpisah kepada
2 bahagian, dan yang memisahkannya adalah jambatan yang dibawahnya
terdapat rumah kedai dan jalan raya.
Terdapat
juga rumah Banjuang ( ala Minangkabau jugak ) yang seperti muzium
menempatkan replika rumah dan alatan purba. Terdapat juga perhiasan lama
dan binatang unik yang dipamerkan. Pelbagai bentuk dan saiz. Uniknya
lagi di sini, haiwan taman yang telah mati diawet dan dipamerkan di
dalam satu bilik gelas. dengan ini, kita dapat melihat sendiri haiwan
yang pernah wujud di Kebun Binatang ini.
Hampir
1 jam, kami mengambil langkah berjalan kaki untuk pulang ke hotel untuk
berehat. Malamnya kami ke Pasar Atas untuk membeli beberapa cenderamata
buah ahli keluarga. Berehat untuk hari berikutnya.
No comments:
Post a Comment