Padang/ bukit tinggi (day 4)
Pagi
ke empat di Bukit Tinggi, kami breakfast di hotel. Menu sarapan pagi
kami telah disiapkan oleh pihak hotel.makanan yang disediakan agak
memuaskan saya. Ada nasi, bubur,lontong,bihun,pengat,,salad,ayam goreng
dan bnyk lagi. Selepas selesai makan kami bersiar2 dan membeli
sedikit cenderamata buat kenangan.. Kami sempat menaiki kereta kuda
menikmati keindahan suasana pagi di Bukit Tinggi.
Selepas
kami bersiar2, kami terasa lapar dan dahaga. kami terus mencari kedai.
Kami singgah di KFC. Makanan KFC di sini berbeza sama sekali dengan KFC
di Malaysia. Ayamnya kurang memuaskan hati saya. Kering,keras dan masin.
Pada jam 12.30 kami bertolak kehotel lebih kurang 5 minit dari jam
Gadang.
Lebih
kurang pukul 1.30pm van yg disewa tiba dan membawa kami ke Padang.
Melalui Lembah Anai sewaktu pulang dan kami singgah untuk menikmati
pemandangan dengan bayaran hanya Rp 1500 setiap seorang. Sempat juga
kami singgah menikmati durian kampung di jalan menuju ke Pekan Padang. 8
biji durian habis di makan oleh kami semua, kerana tidak tahan dan
perut kosong, saya terpaksa mengeluarkannya semula. Sepanjang
perjalanan, kami hanya sendawa durian yang memenuhi ruang MPV. Kelakar
betul....
Perjalanan
mengambil masa lebih kurang 3 jam. Perjalanan kami terganggu kerana
berlaku kemalangan kecil melibatkan salah satu daripada 2 MPV yg kami
sewa.Sepanjang perjalanan kami dapat melihat kesan gempa yang amat
menakutkan kami. Kami juga dapati rumah orang2 kampung retak dan runtuh.
Kami
tiba di hotel Inna Muara lebih kurang pukul 5ptg.Kami dapati sebahagian
besar hotel mengalami retakan dan runtuhan.Walau bagaimanapun, masih
banyak bilik yang elok. Kami tetap tabahkan hati walaupun ada rasa
was-was. Selesai urusan chek in, kami ke bilik dan terus bersiap utk
keluar makan. Tak sangka pula kami duduk sederet bilik ibarat rumah
teres.
Kami
mengambil keputusan untuk mengisi perut yang lapar. Berjalan kaki
mencari kedai mkn dlm jarak 500m dari hotel. Kedai yang menyediakan
makanan asli Minang seperti daging rendang,msk lemak ikan tongkol,sambal
belado merah,ayam kampung dan air teh botol.
Selesai
makan, kami mengambil kesempatan melihat pantai yang jaraknya 200 m
dari kedai makan tadi. Sambil menikmati pemandangan laut dan senja, kami
juga melihat kesan runtuhan beberapa bangunan besar dan hotel. Hotel
HayamWuruk runtuh dengan teruk. Masih dapat dilihat perabot hotel yang
pecah dari seberang jalan. Agak lama di sana, jam 8 malam kami bertolak
pulang ke hotel melalui deretan rumah kedai yang runtuh dan ada juga
yang masih elok.
Dihadapan hotel Hyam Wuruk Padang.
No comments:
Post a Comment