Hat Yai 30 Julai 2010 ( 1st day )
Salam buat semua...
Lama
rasanya tak menulis diruangan ini.... baru-baru ini saya dan suami ke
Hat Yai sempena melahirkan hari kelahiran kami... semuanya berjalan
lancar walaupun ketika itu kandungan saya sudah mencecah 7 bulan.
Seawal jam 7:00 malam, kami mencharter
sebuah teksi untuk ke KL Sentral. Agk pelik juga bila suami meminta aku
menunggu agak lama, rupanya dia membeli sebiji kek dan air coke.
Walaupun rasa pelik itu masih kuat, tapi aku diamkan juga kerana suami
jenis orang yang suka buat suprise.
Jadual
perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hat Yai jam 9:35 ditangguhkan atas
kelewatan train dari Gemas. Namun, pukul 9:50 tiba juga train, kami
teruk bergerak ke gerabat. Coach kami hanya beberapa orang sahaja.
Selepas
perjalanan, suami sudah mula memasang lilin pada kek, siap pasang belon
lagi. Agak terharu kerana hampir menitis air mataku.... terima kasih hubby. Love u
Tak cukup dengan itu, dia sendiri mengagihkan kek dan diedarkan kepada semua penumpang di dalamgerabak... hubby... hubby. Habis satu coach tahu
tentang sambutan hari saya datang mengucapkan terima kasih dan tahniah,
tak kurang juga kakak2 yang menyatakan saya beruntung punya suami yang
romantik.. alhamdulillah.
Tak cukup dengan itu, suami menghadiahkan saya sebuah handphone nokia E72... bertambah terharu la saya. Thanks hubby...
Malam
itu aku cukup seronok, sempat juga melelapkan mata. Jam 6 pagi kami
sampai di stesen Bukit Mertajam. Suami turun dan membelikan sarapan
pagi.... lapar juga subuh2 ni. Yang tak bestnyer, kaki saya pulak
bengkak mengalahkan orang keje enjection....
No comments:
Post a Comment