Psikologi
Bila
diingatkan semula, saya dulu bukanlah seorang yang minat kepada mata
pelajaran Matematik. Walaupun pada asalnya saya lebih sukakan mata
pelajaran lain, tetapi matematik tetap menjadi keutamaan saya. Ini
adalah kerana saya sentiasa mendapat markah penuh di dalam peperiksaan sewaktu tadika dan tahun 1.
Pada
waktu tadika, saya amat seronok belajar. Ini adalah kerana konsep
pengajaran yang mudah dan aktiviti pembelajaran yang tidak memberatkan.
Kami hanya belajar beberapa huruf dan suku kata serta melukis dan
mewarna gambar. Ditambah pula saya hadir kelas tadika bersama rakan baik
saya.
Kami
sama-sama suka melukis dan mewarna. Rakan saya juga akan singgah ke
rumah saya selepas habis pembelajaran kami di tadika sementara menunggu
ibubapanya pulang dari menoreh getah. Ibubapa saya juga seorang penoreh
getah dan kami dijaga oleh kakak saya. Banyak masa yang kami habiskan
berdua seperti mewarna dan melukis.
Mungkin
kerana perhubungan rapat antara kami membuatkan saya sentiasa gembira
dan ianya mempengaruhi hasil pembelajaran saya. Oleh kerana itu
menyebabkan saya mudah memahami topik pembelajaran dengan mudah.
.Tetapi
semuanya berubah apabila saya mendapat markah yang teruk dan bukan
sahaja gagal sewaktu berada di tahun 2. Ini mungkin kerana aras
kesukaran pada tahun 2 lebih tinggi daripada tahun ini. Oleh kerana itu,
saya tidak dapat menyediakan diri saya secara mental dan fizikal.
Keputusan peperiksaan saya kebanyakannya berwarna merah.
Apabila
markah ditunjukan kepada ibu dan bapa saya, bapa saya hanya tersenyum
dan memandang saya sambil menyatakan mengapa markah saya turun dengan
memdadak. Mungkin disebabkan oleh hobi saya yang ketika itu suka bermain
tanpa menghiraukan pelajaran. Pendapat saya, dengan aras kesukaran yang
rendah pada tahun 1 yang hanya belajar apa yang saya pelajari di kelas
tadika menjadikan saya kurang memberi perhatian kepada pembelajaran.
Selepas
tahun 2 dan apabila memasuki tahun 3, saya ditukarkan ke kelas yang
teruk, bersama murid – murid yang lemah pembelajarannya. Saya juga turut
tidak begitu menumpukan perhatian di dalam pembelajaran saya
sehinggakan saya kekal di kelas yang corot sehingga tahun 4. Waktu itu
saya sibuk bermain hoki untuk mewakili sekolah. Sehinggakan kami berjaya
mewakili zon Gemas untuk bertanding di padang King George IV, Seremban dan hanya mendapat tempat ke tiga.
Pada
waktu itu, rakan-rakan sepermainan saya kebanyakkan dari kelas yang
agak bagus, melihat kepada prestasi mereka terhadap pembelajaran dan
permainan menjadikan saya agak tercabar. Melalui kecergasan fizikal yang
saya miliki, secara tidak langsung memberikan kecerdasan mental pada
saya. Saya mula rajin mengulangkaji apabila markah saya semakin
meningkat sehinggalah saya berjaya bertukar ke kelas yang ke dua pada
tahun 5.
Perkara
ini lebih memberikan semangat kepada saya dan saya akhirnya berusaha
dengan lebih kuat untuk menduduki kelas yang pertama. Akhirnya pada
tahun 6, selepas senarai nama kelas dikeluarkan, nama saya tercatat
sebagai salah seorang murid tahun 6A walaupun nama saya berada di tempat
yang ke dua akhir. Perkara ini memang tidak disangkakan dan dengan
kegembiraan itu, ibu telah menghadiahkan sepasang baju kurung sekolah
beserta tudung bagi mengantikan baju skirt yang saya gunakan sejak tahun
1 lagi. Bukannya ibu tidak membelikan baju kurung selama 5 tahun
berturut-turut, tetapi ibu hanya mampu membelikan baju skirt sehingga
saya di tahun 5 akibat kesusahan yang kami hadapi.
Bukan
sahaja semangat diri tetapi saya merasa saya layak bersama rakan-rakan
lain dan saya tidak lagi akan melihat sorotan mata yang menyakitkan hati
dan teguran daripada para ustazah. Ianya benar-benar memberikan impak
yang besar pada diri saya.
Apabila
melangkah ke sekolah menengah, semua murik daripada kawasan perumahan
kami dikumpulkan di sebuah sekolah menengah. Apabila pemilihan murid
dijalankan, saya akhirnya berada di kelas yang ketiga. Itu bukanlah
mengecewakan saya sangat kerana saya tahu persaingannya memang kuat.
Saya juga sudh behenti untuk bermain hoki kerana di sekolah menengah,
permainan tersebut tidaklah sepopular permainan hoki sewaktu kami di
sekolah rendah. Satu lagi sebab ialah saya diberikan kepercayaan untuk
menjadi penolong ketua kelas selama 2 tahun berturut-turut. Di atas factor murid menengah rendah bersekolah pada sesi petang, jadi ruang waktu untk mani bermain menjadi amat terhad.
Oleh
kerana minat saya pada matematik, saya juga selalu mendapat antara
markah yang tertinggi di dalam kelas dan sebagai rujukan kawan-kawan
yang kurang faham. Guru juga sering memberikan semangat dan kata pujian
bagi kami yang mendapat markah yang agak tinggi dan ini memberikan kami
semangat untuk lebih tekun.
Pada
tingkatan 4, saya kekal berada di kelas yang ke tiga dan mengambil mata
pelajaran Prinsip Akaun. Guru yang mengajar prinsip Akaun adalah guru
yang saya mengajar saya matematik. Secara tidak langsung, saya tertarik
dan berminat saya terhadap kedua-dua mata pelajaran tersebut. Guru pula
sentiasa memberikan galakan dan jaminan masa depan yang baik kepada kami
jika kami berjaya di dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut.
Saya
kekal berada di kelas yang kedua sewaktu tingkatan 5. Pengaruh rakan
dan persekitaran pembelajaran yang sihat lebih menggalakkan saya lebih
bersemangat untuk berjaya.
Pendekatan yang digunakan.
Mengikut
Pendekatan Behaviorisme oleh Watson ( Bernstein et al,1994 ) yang
menyatakan aspek tingkah laku seseorang dipengaruhi oleh persekitaran.
Menurut pendekatan ini tingkah laku yang mempengaruhi saya berlaku
dengan adanya rangsangan persekitaran yang baik pada saya. Ini adalah
kerana persekitaran yang baik sewaktu saya di tadika mempengaruhi
kehidupan dan dapat memahami proses pembelajaran deangan mudah.
Pengalaman
yang saya alami pada tahun 5 dapat diterangkan melalui Teori Perlaziman
Cuba Jaya oleh Thorndike ( 1874 – 1949 ) kerana ganjaran yang saya
dapati daripada usaha saya sendiri sehingga meningkat ke aras yang
sepatutnya. Ganjaran yang diberikan sedikit sebanyak menghilangkan rasa
malu dan rasa kekurangan diri saya kerana selama ini hanya memakai
pakaian skirt ke sekolah. Melalui ganjaran itu membuatkan saya lebih
yakin pada diri dan menghilangkan rasa malu saya yang selama ini hanya
memakai pakaian seragam tersebut.
No comments:
Post a Comment