Padang / bukit Tinggi ( Day 2)
Selesai
sarapan, kami menyewa dua buah MPV untuk ke Tasik Maninjau dan
tempat-tempat menarik yang lain. Jam 10 pagi, kami memulakan perjalanan
ke tempat tenunan. Di sini disediakan kilang memenun sulaman. Setiap
tenunan mengambil masa selama 2 minggu dan dijalankan secara manual.
Tergambar halus tangan anak gadis Minang yang nenenun dengan cekap. Di
situ juga disediakan tempat menjual capal dan telekung serta pakaian
sulaman.
Dalam
jam 11kami berkilang ke KINIKO, tempat pembuatan kopi yang selalu
dikunjungi. Di sana di jamu dengan permandangan saujana mata memandang,
terdapat kebun herba dan sawah padi huma yang terbentang luas. Dari atas
bukit, disediakan tempat untuk menjamu kopi dengan pisang salai gireng.
Errmmmmmmmm yummy, best.
Hampir
1 jam di sana, kami bergerak ke Rumah Gadang yang terletak di
Payakumbuh. Rumah ketua adat di Minangkabau, hanya rumah itu yang masih
utuh dan tidak mengalami apa apa kerosakan akibat gempa. Di situ juga,
terdapat sebatang pokok kelapa berbentuk keris yag mumpunyai rahsia
tersendiri. Kami disana lebih kurang setengah jam, dan kami melihat
kesan rumah kerajaan yang dibina semula akibat kebakaran dan runtuhan
pada tahun 2006.
Selepas
itu kami ke Pondok Flora, tempat makan terapung di atas kolam ikan nila
( talipia ). Ada juga seekor monyet kecil dan beberapa ekor ayam katik.
Selesai membasahkan tekat dengan air kelapa berharga rp170000, kami
meneruskan perjalanan ke Danau Maninjau.
Perjalanan
yang mengambil masa 4 jam pergi dan balik. Merasa la melalui kelok 44
yang mencabar. Sepanjang perjalanan hanya terdengar bunyi decitan Danau.
Perjalanan yang berbaloi, danau maninjau menjanjikan pemandangan yang
amat menarik. Lalauan turun dari bukit, terdampar suasana sawah padi
yang amat cantik. Sepanjang perjalanan dihidangkan dengan gerai
kecil,dan beruk yang bersidai di tepi jalan menunggu makanan.
Tiba
diperkampungan, kami di bawa ke rumah kelahiran Buya Hamka, ulama dan
penulis terkenal di Indonesia dan juga Malaysia. Penjelasan oleh cucu
terdekat Buya Hamka, idea untuk memperkenalkan rumah ini adalah dari
ABIM ( Angkatan Belia Islam Malaysia ) yang bergantung pada derma dari
pelawat. Buku beliau yang beratus buah juga dipamerkan.
Dalam
perjalanan pulang, kami singgah membeli makanan ringan pengalas perut
di laluan. melihat pada saiz buah labu yang rasanya 2,3 kali ganda lebih
besar dari labu di Malaysia, Penat berjalan, kami pulang dengan
senyuman kepuasan.
Assalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSaya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.