Hat Yai 31 Julai 2010 ( 2nd Day )
Hari
ke- 2, pada pukul 8:00 pagi waktu Malaysia, kami tiba di stesen
keretapi Padang Besar. Kene keluar bawa barang untuk urusan imegresen
dan cop pasport. Masa kat line Malaysia, senang aje, tapi kat line
Thailand, nak kene berdiri tegak n tunjuk muka lawa x mandi ni depan
dia. Dalam 10 minit jugak baru selesai.
Lepas
tu barulah kami pergi cuci muka n gosok gigi, klakar betul. Dalam 1 jam
juga menunggu, kami naik train yang sama untuk ke Hat Yai. Sampai di
Hat Yai dalam pukul 10:30. Nampak daif sangat stesen keretapi diaorang,
macam kita zaman 70-an ngan 80-an dulu. Ada juga keluarga yang bentang
tikar ngan makan sementara tunggu keretapi datang kot.... entahlah.
Kami
terus jalan keluar ngan cari tempat penginapan, memang banyak Hotel di
sekitar kawasan ketapi, tapi kalau rajin jalan dalam 300m, boleh jumpa
hotel mewah sikit macam Novotel, Regency, Diamond ngan Grand Plaza.
Banyaklah... jangan risau, harga hotel pun standard dalam 700 - 800 bath
je semalam, tapi Novotel dalam 2000 bath jugak.
Kami
check -in kat Grand Plaza hotel dengan kos 780bath, takpelah... tengah
penat ngan ngantuk. Sebelum masuk bilik, Hubby ajak cari makanan
Muslim...
Cari
punya cari, kami ke shopping compleks sebelah hotel... tanya punya
tanya, dia cakap ada kedai Muslim kat tingkat 4. Beli nasi goreng ngan
nasi putih lauk tomyam pun kene 120 bath, mahal jugak tu. Air mineral
beli kat seven E jek....lepas makan, kami tidur sampai pukul 1.00 tengah
hari.
Lepas
segar, kami bersiap keluar. Plan nak g Floating Market, tapi kene
rikiee harga Tut Tut. Rata-rata nak 400 bath, tapi cari-cari dapat jugak
yang bagi 300bath, siap tunggu lagi. Tapi kami ronda-ronda juga kat
sekitar hotel, dapatlah tengok-tengok barang cenderahati ngan beg
murah-murah, tapi lebih mahal dari KL. KL standard RM25, paling mahal
la, tapi kat sana dia letak 600 bath. Terbantut nak beli.
Pukul
6;00 petang kami naik Tut Tut ke pasar terapung. Dalam setengah jam
perjalanan, kami sampai. Permandangan macam kat kampung betul... memang
cantik. Pelbagai
makanan dan barang - barang jualan yang di jual, rambang mata. Dalam 50
meter berjalan, baru nampak pasar terapung. Saya dan Hubby dah
siap-siap nak shoping barang makan. Semuanya dijual dengan harga 20bath
sahaja... ( RM2).Inilah
antara makanan yang kami beli, nasi paprik ayam, mee rebus ngan
aiskrim. Air laici dalam bekas ultraman... ha ha ha klakar tul. Ini cara dia ambik duit dari kita, pakai kayu jek....Kenyang
makan, kami ronda bahagian atas pasar, ada joget lambak kutip derma.
Hubby melantak berjoging n kene charge 10 bath untuk pakai bunga tu...
takpelah, derma.. kui kui kui. Hampir 3 jam jugak, dalam pukul 9 malam,
kami balik. Sebelum balik hotel, kami ke Regency Hotel untuk tengok ada
kekosongan tak... Alhamdulillah.
Kalau
kita x nak breakfast, boleh dapat dalam 745bath je, tapi kalau x tawar
kene 810 bath... so pepandai la bodek bapok yang kat kaunter tuh...
Sebelum
balik hotel, hubby nampak ada orang jual nasi lemak dengan roti canai.
Dah pukul 10 malam pun kami makan n pukul 11 kami balik hotel. Saya
dapatlah sekilo buah manggis n makan kat situ je.
Memang
ramai betul orang Malaysia, India pun jangan cakaplah... sama banyak
ngan kita. Ramai yang lepak depan shopping compleks yang jual banyak
barang perhiasan.
Tunggu hari ke-tiga pulak k....
No comments:
Post a Comment