Tuesday, November 6, 2012

 

 

PENGENALAN

Salah laku murid dikalangan murid sekolah rendah di akhir-akhir ini amat membimbangkan. Pelbagai pihak terutamanya ibu bapa dan guru merasakan permasalah ini menjadi semakin serius dan memerlukan jalan penyelesaian  dengan segera. Menurut Lewis M. Beaker ( 2001 ) tingkah laku membawa maksud sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau tidak sedar . Ini menunjukkan sesuatu perbuatan yang salah jika dilaksanakan akan memberikan masalah kepada sesuatu pihak yang lain.
Menurut akhbar Berita Harian bertarikh 28 oktober 2008, kira-kira 3% daripada 5 juta murid iaitu        10 000 orang murid sekolah rendah dan menengah terlibat di dalam masalah tingkah laku disiplin. Pada tahun 2010 sahaja, seramai 38 927 orang murid sekolah rendah. 
Perbuatan salah laku yang dianggap tidak sesuai kepada satu tempat atau keadaan     yang berlaku. Tingkah laku tidak normal dan terkeluar daripada nilai dan norma    terdekat termasuk sekolah ( Mok Song Sang , 2004 ). Ini adalah bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi  dan dialami oleh kebanyakan orang di dalam masyarakat.
Tingkah laku bermasalah pula ditakrifkan sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan hidup seseorang (Mohd.Nazar Mohamad (1990) . Terdapat tiga jenis tingkah laku yang boleh diketagorikan iaitu masalah tingkah laku minor,  masalah tingkah laku kronik dan masalah major.
Tingkah laku minor merupakan satu masalah yang tidak memerlukan tindakan disiplin yang serius seperti tidak mendengar arahan guru, menggangu rakan, tidak menyiapkan tugasan dan lain-lain aktiviti yang melibatkan gangguan dalam pembelajaran.Manakala tingkah laku kronik melibatkan petemuan sesi kaunseling mahupun teknik modifikasi  di mana  si pelaku kerap melakukan kesalahan serius secara konsisten dan sukar berubah. Masalah major pula ialah pelaku kerap melakukan kesalahan minor yang kerap.
Kementerian Pelajaran mendedahkan bahawa kira-kira 76,300 atau 1.09 peratus daripada tujuh juta pelajar di negara ini terbabit dalam pelbagai masalah disiplin (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi,2005).
Kemerosotan disiplin pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah perlu dipandang serius oleh semua pihak agar ia tidak berlanjutan. Malah sikap terbuka sesetengah sekolah yang mendedahkan kes salah laku pelajar mereka, perlu dipuji dan dicontohi. Jika disorok sampai bilapun masalah ini tidak dapat diselesaikan. (Sharifah Rinah Sh.Ismail, 2005)
Salah laku yang ditunjukkan oleh pelajar banyak ragam, seperti datang lambat ke sekolah, ponteng kelas, mencalarkan kereta guru, tidak memakai lencana sekolah dan tidak menghormati guru. Semuanya melibatkan masalah disiplin yang kecil dan masih boleh diperbaiki dan boleh dikatakan pelajar ini pelajar nakal. Masalah disiplin di sekolah kini adalah pada tahap yang sangat membimbangkan.
Sebenarnya ibu bapa atau penjaga sangat berperanan dalam pembentukan dan pengawalan disiplin anak-anak mereka. Secara tidak formal, kanak-kanak menerima didikan awal di rumah dari ibu bapa. Sebab itulah anak damit diumpamakan seperti kain yang putih bersih maka ibu bapanyalah yang banyak mempengaruhi pembentukan keperibadiannya. Maka benarlah kata pepatah 'kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Sebenarnya kanak-kanak lebih banyak masa bersama keluarga berbanding waktu belajar di sekolah.
Buku Developmental Psychology Childhood and Adolescence (1996) telah memetik huraian Patterson yang menerangkan bahawa anak-anak yang bermasalah selalunya tinggal dalam keluarga yang dianggapkan sebagai tempat melahirkan tingkah laku antisosial dan menentang.

BAHAGIAN A

2.1 Kajian Kes

Kes salah laku yang terdapat di dalam persekitaran sekolah penulis iaitu SK Seri Bintang Utara yang bertempat di Taman Shamelin Perkasa, Cheras Kuala Lumpur adalah seperti berikut:
  1. Lewat hadir ke sekolah,
  2. Bergaduh, dan;
  3. Kekemasan diri,
Secara purata seramai 15-20 orang murid akan datang lewat pada setiap hari. Menurut guru Disiplin di sekolah ini iaitu Puan Noriszura bt Ismail, masalah salah laku yang kerap sekali berlaku ialah lewat hadir ke sekolah. Permasalahan ini dikesan kerana persekitaran sekolah yang sibuk selain mempunyai 4 buah sekolah di kawasan sekitar terdekat. Sekolah itu ialah SMK Seri Bintang Selatan, SK Seri Bintang Selatan dan SMK Seri Bintang Utara selain dari sekolah mereka.
Bagitu juga dengan guru kaunseling yang melaksanakan sesi bimbingan dan kaunseling bagi memastikan permasalahan ini berkurangan. Puan Norhayati biti Abdul Aziz menekankan, permasalahan utama kes salah laku yang berlaku di sekolah ini diakibatkan oleh sikap ibubapa yang tidak begitu perihatin terhadap pembelajaran anak-anak mereka. Terdapat ramai diantara murid di sekolah ini tinggal di kawasan yang agak jauh di sekitar Kuala Lumpur dan mengakibatkan masa yang banyak di ambil untuk sampai ke sekolah.
Isu dimana murid terpaksa bangun lebih awal disekitar jam 5 pagi untuk  bersiap dan di hantar kesekolah. Tidak hairanlah jika jarak yang jauh akan mengambil masa yang lama di jalan raya sambil menempuh kesesakan lalu lintas. Kesesakan lalu lintas juga merupakan isu utama juga mengakibatkan kesalahan kes ini kerap berlaku. Menurut satistik lalulintas yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya 2011, bilangan kenderaan yang bertambah hampir 5 juta setiap tahun menambah lagi kesesakan disekitar jalan raya di Kuala Lumpur.
Selain itu, isu di mana perlu melalui kawasan kondo yang laluan jalan raya sempit oleh kereta-kereta penghuni kondo yang memenuhi bahu jalan. Gambarajah menunjukkan permasalahan ini kerap berlaku. Laluan yang sibuk mengakibatkan masalah lalu lintas yang amat teruk di waktu pagi. Laluan di jalan 3/91a dan 2/91a kerap digunakan kerana ianya adalah laluan sehala di mana para ibubapa perlu menghantar anak lebih awal dari waktu persekolahan.
Isu dimana murid bangun lambat adalah menjadi isu utama. Keperihatinan ibubapa terhadap perasa ini haruslah di titik beratkan. 

                                    Kenderaan perlu melalui bulatan disekitar jalan 2/91a dan 3/91a untuk ke SK seri Bintang Utara.

Selain itu, masalah pergaduhan diantara rakan sekelas juga merupakan satu masalah yang membimbangkan. Bermula dengan meminta wang, bergaduh di dalam kelas dan  mengejek nama yang tidak disukai. Perlakuan ini mendorong berlakunya pergaduhan kecil dan akhirnya mengakibatkan ibubapa. Bagi mengatasi permasalahan ini, segala permasalahn yang dirujuk ke sekolah perlu dinyatakan secara bertulis oleh pihak pengadu.
Sebanyak kes yang dilaporkan dan telah dapat diselesaikan dengan baik. Menurut guru disiplin dan kaunseling, kes salah laku ini semakin meningkat setiap hari di mana isu ini menjadi sesuatu yang amat membimbangkan semua pihak. Ibu bapa seharusnya lebih telus agar tidak mengambil tindakan sendiri.

2.2 Langkah Mengatasi

Pelbagai langkah diambil bagi mengatasi permasalahan ini daripada berlaku.
Antara berikut dinyatakan langkah bagi memastikan permasalahan salah laku akan bekurangan dan seterusnya menjadi sifar.
i.        Memberikan kesedaran kepada murid-murid melalui penerapan nilai-nilai murni dan ceramah-ceramah kesedaran daripada pihak-pihak tertentu.

                  Menurut Novandri Hasan Basri (2000), rentaan permasalahan anak-anak ini bertambah
                  signifikan apabila di bangku sekolah. Kerap kali berlaku masalah disiplin dan juga lemah
                  dalam pelajaran di kalangan mereka. Akibatnya mereka ini sering dihukum dan gagal dalam  
                  peperiksaan yang seterusnya akan menyebakan ibu bapa berasa malu, bertambah berang
                  ataupun terus tawar hati. Sikap ini pula akan menyebabkan mereka tidak berminat untuk
                  mengawal atau memberi perhatian terhadap hal elwal dan segala aktiviti anak-anak mereka.
Langkah ini sebagai satu usaha bagi membendung permasalahan ini daripada berlarutan dan
mengangu pembelajaran murid. Selain itu, langkah ini dapat emotivasikan diri murid agar
permasalahan ini boleh berkurangan.  adalah murid agar melaksanakan kesalahan secara
berlanjutan. Tanggungjawab seorang guru di dalam memdidik dan membentuk peribadi
murid agar menjadi lebih baik. Tingkatkan keperahatinan bagi membantu golongan murid
ini.

ii.      Ibu bapa haruslah memberikan pelajaran agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka.
            Menurut Feldman & Weinberger (1994) menerangkan bahawa penampilan sikap negatif oleh
            pelajar hasil daripada keluarga yang bermasalah ini. Keluarga yang suka bertengkar, sentiasa
            mabuk, main judi, kaki perempuan, suka berleter dan suka mengongkong anak-anak, jaga
            tepi kain orang, menunjuk-nunjuk dan mengamal sikap benci membenci akan menyebabkan
            anak-anak mereka bersikap negatif tanpa disedari oleh masyarakat.
            Oleh yang demikian, ibubapa haruslah memunyai teras kehidupan yang baik memastikan
            rohani anak-anak mereka lebih terjamin. Tanggungjawab mendidik anak bukan terletak di
            atas bahu guru semata-mata kerana tempoh pengajaran yang hanya 8 jam di sekolah dan
           bilangan murid yang ramai tidak dapat memastikan para guru menyediakan perkhidmatan
           terbaik buat mereka.

iii.    Pihak sekolah haruslah tegas dalam menangani masalah ini dengan mengenakan denda yang sepatutnya agar menjadi teladan kepada murid-murid.
                  Menurut Marzita Abdullah (2004), sepanjang tahun 2002 sehingga 2004 sebanyak 5,807
      pelajar diperiksa dalam operasi ponteng sekolah (Ops Sayang) yang dijalankan oleh polis di
      seluruh negara. Sebanyak 4,097 orang (71 peratus) pelajar lelaki dan 1,710 pelajar
      perempuan terlibat dalam pemeriksaan sepanjang operasi berkenaan. Bagaimanapun,  
      daripada statistik tersebut, jumlah pelajar perempuan yang diperiksa semasa operasi itu      
      adalah melebihi pelajar lelaki di Pulau Pinang.
      Dalam kajian Prof. Madya Dr. Mahzan Arshad menunjukkan kesibukan harian inilah    
       mengakibatkan banyak ibu bapa terpedaya dan mengambil ringan terhadap tugas mengawas
       anak terutama anak yang masih di bangku sekolah. Pada mereka, sekolah sudah cukup bagi    
       mendisiplinkan pelajar dan menjaga anak pada waktu siang. Sedangkan dalam hal ini, guru
       hanya dapat mengawal pelajar ketika waktu persekolahan sahaja. Di luar sekolah, tugas itu
       amat sukar atau boleh jadi mustahil bagi guru membuat pengawasan dan mengambil
       tindakan.

iv. Pihak sekolah haruslah sentiasa mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa untuk membincangkan masalah murid-murid.

      Perjumpaan bersama para ibubapa dan para guru sedkit sebanyak dapat membantu mengatasi permasalahan kes salah laku. Jika permasalahan ini dikesan lebih awal, sedikit sebanak usaha ini dapat dilaksanakan dengan lebih awal dan dapat dibendung agar tidak cepat membiak.

iv.    Pengawas-pengawas sekolah hendaklah memainkan peranan dengan berkesan – mengawasi
            tingkah laku, menasihati dan melaporkan kepada guru disiplin / pihak sekolah berkenaan
            masalah salah laku murid


2.3 Contoh Rancangan Mengajar


Contoh rancangan mengajar yang dirancang pada 2 Mac 2012 merupakan satu langkah pengajaran yang di rancang agar dapat membantu di dalam membendung kes salah laku daripada merebak hingga suka di kawal. Jumlah murid yang agak ramai dapat membantu permasalahan ini disampaikan dengan lebih meluas.
Objektif pengajaran yang menekankan tingkah laku mulia yang menerapkan nilai-nilai murni agar murid yang dilahirkan dapat membesar dengan tingkah laku mulia. Selain itu, objektif pengajaran yang ingin dilaksanakan dapat memberikan kebaikan kepada semua pihak terutamanya kepada murid.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5

Mata Pelajaran                         : Pendidikan Moral
Kelas                                       : 5 Bestari                    
Bil. Murid                                 : ± 34 orang
Masa                                        : 9.30 – 10.30 pagi (1 jam)
Tarikh                                      : 2 Mac 2012
Hari                                          : Jumaat
Tema/ Bidang   Pembelajaran  : Nilai Berkaitan dengan Perkembangan Diri
Unit                                          : 1.8 Kejujuran
Tajuk                                       : 1.8.1 Keikhlasan mengukuhkan perhubungan

Hasil Pembelajaran    : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid dapat;
1.      Membina semangat kejujuran dan keikhlasan dalam diri sendiri
2.      Mengukuhkan rasa jujur dalam setiap perlakuan murid
3.      Menyenaraikan setiap aktiviti yang dilakukan memberikan rasa kejujuran dalam diri murid agar sentiasa bersifat jujur dalam perlakuan.
4.      bersikap ikhlas dalam mengukkan hubungan
5.      berkewajipan dalam bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.

Aktiviti P & P :
1.      Penerangan guru.
2.      Penceritaan murid
3.      Perbincangan kumpulan.
4.      Melengkapkan lembaran kerja.

Isi pelajaran               : 
1.      Ciri-ciri murid yang baik.
2.      Proses bercakap benar
3.      Usaha diri sendiri di dalam membentuk sifat jujur dan amanah.

Pengisian kurikulum :   Kemahiran bernilai bertambah ;
1.      Kecerdasan pelbagai : interpersonal, visual ruang, verbal linguistik, kinestetik.
2.      Strategi pengajaran : Perbincangan, Simulasi.
3.      Kemahiran generik :
·         Murid membanding bezakan sifat-sifat diri apabila berhadapan dengan masyarakat.

Sumber P&P               : Laptop, Pemancar LCD, Kad Manila & kertas sebak.
                                 
Pengetahuan sedia ada          : Murid sudah mempelajari tentang sikap amanah dan jujur semasa di tahun empat.

Penerapan nilai                      : Tolong-menolong, kerjasama, hormat-menghormati, berani,
   yakin dan tidak memperkecilkan bakat seseorang

Unsur patriotisme                  :
1. Bersyukur kerana dilahirkan sebagai warga Malaysia.
2. Berbangga dengan sifat semulajadi diri.
3. Berbangga dengan sifat masyarakat di Malaysia



Prosedur Pelaksanaan
Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari / Kemahiran Generik
Catatan (Penerapan Nilai Murni/ Nilai Alam Sekitar / Unsur Patriotisme / Sumber P&P / Isi Pelajaran
   
Set induksi (5 minit)

1.      Guru menayangkan satu tayangan video tentang sifat kejujuran seorang kanak-kanak yang memulangkan dompet seorang tua apabila melihat ianya terjatuh.

2.      Guru bertanya kepada murid tentang nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut.
·         Apakah yang dilakukan oleh kanak-kanak itu?
·         Adakah perkara ini baik dilakukan?
·         Kenapa?

3.      Murid menjawab soalan guru.

4.      Guru menerangkan kepada murid bahawa perlakuan tersebut berkenaan dengan sifat jujur dan amanah.

5.      Guru menyatakan topik pembelajaran pada hari ini iaitu “Kejujuran”.




Kecerdasan pelbagai :
Kinestatik, verbal linguistik

Kemahiran belajar



Nilai : hormat-menghormati, mengikut arahan.


BBM :                                                  Laptop, Pemancar LCD, Tayangan Video









Isi pelajaran :
Nilai-nilai murni.



Langkah 1 (15 minit)                        
                                  
                                  
1.      Guru bertanya kepada murid sama ada mereka pernah mendengar tentang sifat-sifat jujur yang berlaku disekitar mereka.
Soalan guru:
·         Siapa yang tahu tentang maksud kejujuran?
·         Apa tujuan kita bersikap jujur?
·         Berikan beberapa contoh perilaku jujur yang anda pernah lihat atau alami.
2.      Guru menerangkan kepada murid mengapa sifat jujur perlu ada di dalam diri setiap murid.
3.      Seterusnya, murid ditayangkan beberapa contoh gambar yang berkaitan dengan sifat jujur.
4.      Guru mencungkil pengetahuan murid mengenai perlakuan jujur dengan menanyakan perlakuan tersebut
5.      Satu simulasi mengenai proses sifat jujur seperti yang d itunjukkan di dalam gambar diadakan.
6.      Guru dan murid berbincang tentang proses perlakuan tersebut  dan langkah yang perlu di ambil setelah tamat simulasi.








Kecerdasan pelbagai : 
Verbal linguistik, kinestetik, Visual spatial, Inter







Nilai : hormat-menghormati, mendengar arahan.


BBM : Kad peranan, kertas makluman, Kotak undian.


Isi pelajaran :  Simulasi proses pilihan raya.











    
Langkah 2 (20 minit)

1.      Guru bertanya kepada kelas siapakah yang pernah melakukan perkara sedemikian di dalam kehidupan mereka.
2.      Guru bertanyakan kepada kelas mengapakah mereka melakukan perkara tersebut?
Jawapan murid:
·         Sifat Amanah
·         Tidak baik mengambil barang orang lain
·         Amanah
·         Berdisiplin
3.      Guru dan murid berbincang tentang perkara – perkara yang perlu dilakukan di dalam situasi berbeza.
4.      Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan yang diwakili:
·         Kump. 1 : Situasi 1
                       Terjumpa buku perpustakaan rakan yang tertinggal di kelas.
·         Kump. 2 : Situasi 2
                        Melihat wang di dalam dompet bapa terbiar di atas meja dan dimain oleh adik.
·         Kump. 3 : Situasi 3
                        Terjumpa wang kertas di atas lantai kantin
·         Kump. 4 : Situasi 4
                       Melihat seorang tua tua terjatuh dan berdarah di ragut.
Lewat datang ke sekolah
5.      Setiap kumpulan akan dilantik seorang ketua yang berperanan memastikan setiap ahli berkerjasama.
6.      Guru mengedarkan kertas sebak dan pen marker kepada setiap kumpulan.
7.      Murid di dalam kumpulan menyenaraikan ciri-ciri seorang murid perlu lakukan di atas setiap situasi san tindakan mereka.
8.      Setelah siap, setiap kumpulan akan membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.
9.      Semasa kumpulan lain membuat perbentangan, murid-murid akan membuat catatan pada kertas yang disediakan guru.
10.  Guru mengulas perbentangan yang dibuat oleh setiap kumpulan.











Kecerdasan pelbagai :
Verbal linguistik
Kinestetik











Nilai : mengikut arahan, tidak mengganggu murid yang lain, bekerjasama dalam kumpulan.

BBM : Kertas sebak, pen marker.
           

Isi pelajaran :
·   Menyatakan ciri-ciri seorang murid yang baik.
·   Menyenalpasti dan menyenaraikan tindakan yang harus dilakukan jika perlu.

Langkah 3 (15 minit)

1.      Guru menerangkan kepada murid tentang mengapa pentingnya kejujuran.
2.      Guru menerangkan semula kepentingan kejujuran pada setiap lembaran kertas sebak.
3.      Guru bersoal jawab dengan murid tentang sifat kejujuran di dalam diri murid dan meminta murid menyenaraikan sifat dan perlakuan murid berdasarkan sifat jujur.
4.      Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid mengenai usaha kerajaan dalam memajukan rakyat.
5.      Setelah siap, guru dan murid berbincang tentang jawapan yang betul.




Kecerdasan pelbagai:
verbal linguistik







Nilai : mendengar arahan, kerjasama dalam kumpulan.



BBM: Laptop, Pemancar LCD, gambar prasarana, lembaran kerja.


Isi Pelajaran :
Langkah untuk memastikan sifat kejujuran timbul dalam diri murid.

Penutup (5 minit)

1.      Guru membuat rumusan tentang topik yang diajar pada hari ini.
2.      Guru memilih murid secara rawak untuk menguji kefahaman murid tentang topik yang telah diajar.



Kemahiran belajar:

Pengukuhan

Isi Pelajaran:
- Merumus hasil pembelajaran.

Patriotisme:
- Menyayangi dan mencintai diri sendiri.


Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran:
Diakhir sesi pengajaran dan pembelajaran, penulis mendapati :
  1. Murid mempunyai sifat kejujuran di dalam diri walaupun sedikit di atas penerangan murid mengenai sifat jujur mereka melalui sesi bercerita ringkas.
  2.  Penglibatan murid di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran aktif dan mengikt arahan guru sepenuhnya.
  3. Hampir 99 % murid dapat menguasai kemahiran dengan lebih baik.

Kekuatan

Beberapa kekuatan juga dapat dilihat melalui hasil pengajaran yang dilaksanakan terhadap topik ini. Berikut dinyatakan beberapa kekuatan, antaranya ialah:

  1. Murid mengambil bahagian secara aktif di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
  2. Pemupukkan semangat secara berkerjasama dan saling menghormati dapat dilihat dengan jelas berlaku di dalam aktiviti kerja kumpulan.
  3. Hasil pembelajaran yang dihasilkan dapat membantu potensi diri murid di dalam perkembangan sahsiah dan moral kendiri murid.
  4. Sifat jujur yang terselindung di dalam diri dapat dikeluarkan dan dikenalpasti akibat sesi penceritaan dan simulasi.
  5. Murid dapat mempraktikan amalan nilai murni di dalam kehidupan sebenar.

Kelemahan

Kelemahan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini dapat dikenalpasti. Berikut dinyatakan kelemahan-kelemahan tersebut:
  1. Masa terhad untuk aktiviti berkumpulan.
  2. Sebilangan murid yang kurang menonjolkan diri terutama sewaktu perbentangan secara berkumpulan.
  3. Lembaran kerja yang diberikan tidak dapat disiapkan pada masa ditetapkan.
  4. Kurang interaksi dengan beberapa ahli dengan ketua kerana bilangan yang agak ramai.

Cadangan Penambahbaikkan

Setelah melihat semula kepada rancangan pengajaran yang telah dirancang dan dilaksanaka, penulis berpendapat bahawa setiap langkah pengajaran harus diperhalusi dengan lebih mendalam. Sebagai kerja kumpulan contohnya, masa yang dieruntukkan agak terhad, ini menyebabkan murid memunyai kekangan masa dan tidak dapat menyatakan idea yang lebih kreatif.
Selain itu, faktor ini juga mengakibatkan murid berasa terkocoh-kocoh sehinggakan merasa tidak bersedia terutamanya apabila melaksanakan perbentangan. Ini jelas di lihat apabila murid merasa takut dan menyerahkan secara bulat kepada ketua kumpulan untuk membuat pembentangan.

PENUTUP

Mengikut kajian dan penyelidikan pakar-pakar sosiologi, masalah yang kerap kali menghantui para remaja sekolah ialah yang berhubungan dengan masalah emosi dan kebebasan. Hal ini akhirnya menjadi punca-punca besar kepada masalah pelanggaran disiplin sekolah. Kita sudah maklum bahawa isu pelanggaran disiplin merupakan isu hangat di seluruh negara sehingga pihak Kementerian Pelajaran telah menubuhkan beberapa jawatankuasa mengatasi masalah disiplin di peringkat kebangsaan. Perkara ini kelihatan begitu serius kerana sokongan data-data yang diperolehi dan kejadian-kejadian yang berlaku jelas menunjukkan prestasi disiplin yang jauh berada pada tahap kritikal.

Kita berpendapat bahawa masalah pelanggaran disiplin dan kebebasan sosial dalam kalangan remaja sekolah berpunca daripada banyak perkara. Kita bukan terlepas pandang. Malah, saban ketika kita menangani punca-punca tersebut. walau bagaimanapun, keadaannya masih tidak terkawal dan menunjukkan prestasi yang amat membimbangkan. Punca-punca yang berkaitan dengan pendidikan agama sering menjadi hujah kuat sesetengah pihak, manakala ramai juga berpendapat bahawa peranan dan fungsi sebenar ibu bapa telah menyimpang jauh. Tidak kurang pula yang terus seperti biasa menyalahkan golongan pendidik yang merupakan golongan paling dekat dengan pelajar selain ibu bapa. Mereka masih mempersoalkan kerja buat pendidik di sekolah sehingga sanggup mencabar kewibawaan para guru dalam mengendali dan menyelenggarakan pembentukan sahsiah peribadi para pelajar di sekolah.

Walau apapun alasan dan hujah yang kita utarakan, masalah pelanggaran disiplin tetap berlaku dengan arah yang tidak terkawal. Daripada kita menghabiskan masa mencari alasan dan punca, adalah lebih baik kita duduk semeja berbincang, bermuafakat, memerah idea dan minda, mencari kesepaduan fikiran dan kesepakatan dalam tindakan baik di peringkat mana sekalipun kita berada, untuk sekurang-kurangnya mengurangkan gejala disiplin dalam kalangan pelajar. Tidak rugi kita meluang masa dan memerah sedikit idea untuk laman ini jika hasilnya nanti dapat kita manfaat untuk para pelajar kita.

Untuk kali ini, dikira kita perhalusi punca besar yang berkaitan dengan fungsi dan peranan ibu bapa sebagai 'pendidik awal'. Ibu bapa memainkan peranan yang besar mempengaruhi proses awal pembinaan dan pembentukan sahsiah keperibadian anak-anak. pakar-pakar psikologi menyatakan bahawa tahap awal pembentukan manusia akan mempengaruhi proses pembentukan mereka pada tahap-tahap berikutnya. Oleh hal yang demikian, apa yang berlaku dalam tahap awal ini memainkan peranan yang besar dalam proses penjanaan ciri-ciri keperibadian mulia kelak.

No comments:

Post a Comment