Trip Padang / Bukit Tinggi ( day 1 )
Lama rasanya x menulis, bahasapun bukan bagus sangat. Sekadar berkongsi maklumat dengan rakan lain.
1 Sept 2009
pukul
5:45 pagi dah bertolak ke LCCT dari umah Along kat Semenyih. Kesian
jugak kat bang Long yang drees up awal supaya x lambat pergi
kerja.Ingatkan BgLong je yang anta, sampai along, Mimi n Afsar pun ikut.
Kami
sampai di LCCT dalam kul 6:20pagi, flight kul 6:50 pagi. Kami sarap air
panas di MacD dan terus join kump Mak Tam. Dalam kul 7 kami dah teady
kat tempat menunggu.
Kami
bertolak dalam 7:45 pagi dan perjalanan ke Padang mengambil masa selama
40 minit. Dalam kabin flight, nak minum air pun x sempat sebab dah
sampai.
Ini
pengalamat pertama saya naik flight, bengang telinga aku sepanjang
perjalanan. Sampai di Lapangan Terbang Minangkabau dalam pukul 8:00
pagi.( waktu Indonesia- i jam awal dari Malaysia.) Pertama kali
menjejakkan kaki di bumi Minang, kami disamput dengan gerimis.
Selesai
pemeriksaan dari pihak imigrasi( imegrasen) Indonesia, kami menaiki
kijang grand Livina dengan kos Rp 350000 untuk satu MPV ke Bukit Tinggi.
Sepanjang perjalanan, kami melihat keindahan persekitan bumi minang
yang menghijau dan kesan - kesan gempa bumi pada 30 set 09 yang lalu.
Banyak juga rumah yang retak dan runtuh. Ramai juga yang masih tinggal
di khemah sementara di hadapan rumah mereka. Sayup rasa hati melihatkan
kanak-kanak menjual telur masin dan rambutan di sepanjang perjalanan.
Sebelum
tiba di Bukit tinggi, kami melalui beberapa pekan kecil. Kami berhenti
menikmati makan tengah hari di restoren Pak Datuk di Padang Panjang.
Hampir 20 jenis dari pelbagai jenis makanan dihidangkan. Agak
terperanjat juga tapi sebenarnya makanan yang diusik sahaja yang di
kira.Tak lah mahal sangat dalam RP 50 000 untuk makan tengahari.
Kami
memeruskan perjalanan melalui lembah air, kawasan air terjun yang amat
cantik. Di sini jalan rayanya agak teruk, tetapi pemandu dapat mengawal
kenderaan dengan baik. Perjalanan hampir 2 jam itu terhenti apabila kami
berhenti singgah di kedai yang menjual hasil kerja tangan telekung dan
baju sulaman. Sorry saya tak ingat nama kedai. Harganya lebih kurang di
Malaysia, dalam RM 55. Mahal jugak bagi sulaman kosong.
Kami
tiba di Kharisma Hotel pada jam 1 tengah hari. Itu sahaja hotel yang
tinggal apabila semua hotel telah penuh. Dengan harga bilik sebanyak Rp
380 000 semalam ( RM 136 ), kami tempah untuk 2 malam sahaja. Cantik
juga.
Penat
juga, saya tertidur sewaktu meletakkan badan di katil. Sedar2 dah Asar,
suami tengah sembahyang. Asar di sana awal, dalam kul 3:45 petang.
Dalam pukul 5, bersama rakan yang lain kami keluar berjalan kaki menuju
ke jam Gadang yang terletak 700m dari hotel kami.
Setiba
di Jam Gadang, kami menikmati keindahan pekan Bukit Tinggi dengan
menaiki kereta kuda mengelilingi kawasan keliling pekan. Selesai
bertanyakan maklumat mengenai pekan Bukit tinggi, kami kelawat
sekeliling kedai - kedai yang menjual barang perhiasan di sekitar pekan.
Jam
6:30 ptg, suasana sekeliling sudah agak gelab, kami meneruskan
perjalanan untuk makan malam. Kami makan di restoran berhampiran hotel.
Jemu dengan makanan yang banyak lauk, kami cuba mee rebus dan nasi
goreng. Suami memilih roti goreng dan jus aprikot.Kos makan lebih kuran
Rp75 000 untuk 4 orang.
Kami balik ke hotel dan tido.
No comments:
Post a Comment